Sunday 12 February 2017

Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Kejuruteraan Islam

WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS 

TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN


Nama ahli kumpulan :

MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD RAZAK (isi dan hurian)
(06DTP16F1098)
MUHAMMAD FIKRI BIN MOHD ZULKARNAIN (membuat blog)
(06DTP16F1088)
MUHAMAD HAFFIZAL BIN ABDLU RAZAK 
(06DTP16F1094)
AMIR SYAHMI BIN BADRUL SHAM
(06DTP16F1084)
MUHAMMAD ZAKRUL IQHRAM BIN ZAKARIA
(06DTP16F1095)

Nama pensyarah :
USTAZ SUHAIMI BIN SAMAD
Kelas :
DTP2S4

PENGHARGAAN 

Assalamualaikum, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu, Ustaz Suhaimi dan kepada kedua ibu bapa yang banyak membantu, serta mengajar kami dari kecil sehingga dewasa.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan yang membantu menyelesaikan projek e-folio ini.  

PENDAHULUAN
Sains, teknolagi dankejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-Quran. Al-Quran ialah sumber intelektual dan spiritual Islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cadang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inperasi pandagan Muslim tentang kesepaduan sains dan pengetahuan intelektual (Ab.Aziz,2008).

PENGERTIAN
Secara bahasa (etimologi), al-Quran berasal dari bahasa arab yaitu qur’an, dimana kata “qur’an” sendiri merupakan akar kata dari قرأ – يقرأ – قرآنا . Kata قرآنا secara bahasa berarti bacaan kerana seluruh isi dalam al-Quran adalah ayat-ayat firman allah dalam bentuk bacaan yang berbahasa arab. Sedangkan pengertian al-Quran menurut istilah (terminologi) ialah firman Allah yang berbentuk mukjizat, diturunkan kepada nabi terakhir, melalui malaikat jibril yang tertulis di dalam mushahif, yang diriwayatkan kepada kita dengan mutawatir, merupakan ibadah bila membacanya, dimulai dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat an-Naas.[1]
Definisi atau pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah di atas merupakan kata sepakat antara ulama dan para ahli ushul. Al-Quran diturunkan oleh allah swt sebagai tata aturan bagi kehidupan semua bangsa, petunjuk yang benar untuk semua makhluk, tanda bukti atas kebenaran rasulullah Muhammad saw, dalil yang qot’ie atas kenabian dan risalahnya. Dan sebagai hujjah yang tetap tegak hingga hari kemudian.
Sebenarnya pengertian al-Quran itu sendiri sangat luas, ia tidak hanya terpaku pada satu pengertian, masih banyak pengertian lain tentang al-Quran menurut para ahli, namun yang paling mendekati dan sesuai dengan para ahli adalah pengertian seperti yang sudah disebutkan tadi. Demikian sekilas tentang pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah, semoga memberikan manfaat bagi pembaca sekalian.

KEDUDUKAN AL-QURAN DALAM ISLAM
Al Qur’an sebagai dasar hukum yang pertama tidak di sangsikan lagi oleh umat islam bahwa al qur’an adalah sumber yang asasi bagi syariat islam. Dari al qur’an inilah dasar-dasar hukum islam beserta cabang-cabangnya.

OBJEKTIF
Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.
Hasil Pembelajaran :
CLO 1 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.

1.1     Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.
          1.1.1  Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.
          1.1.2  Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.
           1.1.3  Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.

1.2     Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith.
          1.2.1  Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
          1.2.2  Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.


MEMAHAMI WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

MAKSUD DALAM BAHASA
-Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tesembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.

DALAM ASPEK KEILMUAN ISLAM :
-Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya , melalui perantaraan  Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis atau yang tidak bertulis yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
            "Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan kepada nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibraham , Nabi Ismail , Nabi Ishak , Nabi Yaakub serta nabi-nabi keturunannya dan Nabi Isa dan dan Nabi Ayub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun , Dan Nabi Sulaiman , dan kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur." ( surah an-Nisa : 163 )
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :
            " Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelum (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengatahuan ugama jika kamu tidak mengetahui". (Surah al-Nahl : 43 )
Dairpada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara lansung .


PERANAN AL-QURAN MENURUT ISLAM

DEFINISI AL-QURAN:
Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat.
Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah , asas dan bimbingan akhlak manusia, asas susunan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan.

MENJELASKAN AQIDAH ISLAM:
Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.

MENERANGKAN SYARIAT ISLAM:
Wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan manusia.Sebagai penjelas kepada syariat dan panduan dalam pelaksanaan tersebut. AlQur’an diturunkan bagi memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek maksud dan pelaksanaannya.

MENGHURAIKAN AKHLAK ISLAM:
Wahyu Allah menjelaskan berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim. Semua cara kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat Al-Quran. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama.Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).  
Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia.

MENJADI PANDUAN HIDUP MANUSIA DALAM MENGURUS DUNIA:
Dalam Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia. Urusan hidup manusia yang meliputi emosi, rohani, aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu diatur mengikut acuan Allah hanya melalui panduan Al-Qur’an.

MENEGAKKAN KEADILAN:
 Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.

PERANAN AL-QURAN DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

GARIS PANDUAN KEPADA SAINTIS DALAM MELAKSANAKAN SESUATU UJIKAJI
*      Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
*      Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.

Bukti-bukti dalam  ayat al-Quran :-
1)   Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20
Maksudnya:
           “Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20)
(Surah Al-Ghasiah :17-20)

2)    Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19
Maksudnya :
           “Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah   matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.

3)    Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :
           “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
           Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan  menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”

KITAB YANG MENJADI SUMBER PELBAGAI CABANG SAINS / TEKNOLOGI.
*   Sifat al-Quran sebagai petunjuk  dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.

 Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-

1)  Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
          Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)

2)  Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11
           Maksud ayat :“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.

3)     Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
        Maksud ayat :“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
             Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu  dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.

MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI.
*      Memberi galakan dalam membina teknologi.
*      Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.

 Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1) Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:
            Maksud ayat :“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)


2)  Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:
          Maksud ayat :“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”

3)   Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
             Maksud ayat :“Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.”

PANDUAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI
*                                   Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
*      Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam    dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.

Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-
1)   Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41
          Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

MENJADIKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN MENCAPAI FAKTA DAN BUKTI KE ARAH KEBENARAN
                                                                                                                                   
  Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
*      Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
*      Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
*      Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah sendiri.

Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1)   Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 82:
             Terjemahan :“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”

 PERANAN AL-SUNNAH DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

          Dari segi bahasa sunnah bererti perjalanan (sirah) sama ada yang baik atau jahat. Sekiranya dirujukkan kepada diri Nabi Muhammad s.a.w., sunnah ialah kebiasaan atau amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang selalu dilakukan oleh baginda.
           Dari segi istilah, sunnah ialah apa-apa yang dihubungkan dengan diri Rasulullah s.a.w. baik yang berupa perintah mahupun larangan atau juga keizinannya yang pernah berlaku sepanjang hidup baginda.
           Dalam erti kata lain, sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. baik dari segi perkataan, pengakuan, dan perbuatan baginda. Sunnah Rasulullah s.a.w. turut memainkan peranan dalam kebangkitan bidang ilmu sains dan teknologi Islam seperti dalam bidang ilmu Islam, pentadbiran, ekonomi, kehakiman, pendidikan, perubatan, senibina, pertanian dan lain-lain bidang ilmu sains dan teknologi Islam.
           Sunnah turut menjadi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. bagi segenap umat Islam sebagai panduan dalam menjalani hidup seharian berlandaskan syariat Islam.
           Seperti sabda Rasulullah s.a.w., “Kutinggalkan untuk kamu dua perkara, tidaklah akan tersesat selama-lamanya selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Al Quran dan sunnah Rasul-Nya,”.
           Dalam bidang sains dan teknologi Islam, sunnah Rasulullah s.a.w. memainkan peranan yang amat penting. Antara peranan sunnah ialah:

SUNNAH SEBAGAI SUMBER UTAMA SELEPAS AL-QURAN
          Al- Sunnah merupakan sumber ilmu yang merangkumi ilmu ajaran Islam yang bersangkutan dengan akidah, konsep, ibadat, penetapan hukum, akhlak, adab sopan santun, dan bidang-bidang kehidupan lainnya. Pelbagai cabang dan sumber ilmu diterangkan oleh Rasulullah SAW melalui sunnah baginda yang mempunyai kepelbagaian hikmah yang memberi manfaat dalam kehidupan manusia.

SUNNAH JUGA MERUPAKAN PENJELASAN TEORI DAN PRATIKAL BAGI AL-QURAN
         Al Quran merupakan undang-undang yang memuatkan perkara pokok (utama) dan kaedah-kaedah dasar dalam Islam. Bagaimana pun, tidak banyak penjelasan secara teliti berkaitan perkara utama dan kaedah-kaedah dasar Islam di dalam Al Quran. Justeru, sunnah dijadikan medium untuk menjelaskan lagi ayat-ayat Al Quran.
           Firman Allah s.w.t dalam Surah alBaqarah, ayat 183: ‘Hai orangorang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orangorang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa’
           Ayat di atas menyatakan firman Allah SWT supaya seluruh umat Islam berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Manakala terdapat banyak hadis yang menerangkan lebih lanjut tentang syarat-syarat, adab-adab dan kelebihan berpuasa contohnya hadis riwayat Ahmad, alBukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:
        “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orangorang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.”

GESAAN PENKAJIAN SAINS DAN FENOMENA ALAM TABI'I
         Melalui gesaan tersebut, ramai failasuf Islam mengkaji fenomena kejadian alam yang membawa kepada penerokaan cabang ilmu sains dan teknologi baru. Cendekiawan Islam menjadikan galakan di dalam Al Quran dan sunnah sebagai panduan dalam menghasilkan pelbagai aktiviti dan penerokaan ilmu yang menjadi ikutan ramai ilmuwan berikutnya. Sekali gus, mengembangkan lagi bidang sains dan teknologi Islam.
          Selari dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Zar r.a. daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah; dan janganlah Allah; dan janganlah kamu memikirkan tentang Zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)”.
          Hadis ini memberi galakan kepada kita sebagai manusia untuk sentiasa membuat kajian tentang kejadian dan fenomena alam tabii ciptaan Allah. Kajian ini merangkumi segala kajadian makhluk Allah yang ada di langit dan di bumi.
       Hadis ini turut memberi peringatan kepada kita agar tidak mengkaji akan zat Allah kerana keterbatasan dan ketidakupayaan akal kita untuk berfikir tentangnya.
           Terlalu banyak kajian saintifik berkenaan kejadian Allah yang boleh dilakukan oleh manusia. Sebagai contoh, dalam bidang sains fizik, kincir angin atau noria di Fayyoum, Mesir adalah sebahagian kecil pembaharuan dalam bidang fizik yang berlaku pada zaman kegemilangan empayar Islam yang dibina oleh al-Jazari. Kegemilangan al-Jazari adalah hasil manuskrip beliau berjudul ‘Kitab fi ma’rifat al-hiyal al-handasiyya’ yang bermaksud ‘buku mengenai ilmu mekanikal yang bijak.

SUNNAH RASULULLAH S.A.W MENGGALAKKAN UMAT MENUNTUT ILMU 
           Riwayatkan Tabrani, baginda Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah SWT, sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian,”. Darjat yang dimaksudkan ialah kemuliaan orang yang menuntut ilmu di sisi Allah.
           Hadis di atas berperanan sebagai galakan kepada umat Islam mencari ilmu selepas turunnya firman Allah SWT tentang kewajipan menuntut ilmu. Melalui galakan ini, semakin ramai umat Islam terdahulu khususnya dan sekarang amnya mencari ilmu bermanfaat sesuai dengan ketetapan syariat baik ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

MENJELASKAN FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-QURAN
                             Al-quran

MENJELASKAN FAKTA-FAKTA TENTANG ALAM TABI’I
a.  Proses kejadian alam tabi’i.
                        Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.
           Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang bermaksud   tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.
    iii.      Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian saintifik dan emrprikal.
       Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam, struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat penciptaan alam.
       v.            Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
                                Dalam Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit  dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan bumi.
   vii.            Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:
 viii.            Terjemahan ayat :
     ix.            “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”


b) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia.
        i.           
             Dalam Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu disebut sebagai pelupa.
      ii.            Al-Quran menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah. Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin :  
             “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.( Surah at-Tiin : 4)
    iii.            Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah makhluk ‘Homo Eretus’  seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika Adam a.s adalah makhluk Homo Eretus’  sudah tentu Allah tidak melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :“ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”.

c) Fakta mengenai fauna
1.       Dalam al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al-An’am ayat 95 :“Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?”

2.       Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :
                                i.            Sebagai bahan makanan.
                              ii.            Sebagai hasil pendapatan manusia
                            iii.            Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir
                             iv.            Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari.
                               v.            Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya
                             vi.            Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
                           vii.            Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
                         viii.            Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon
                         dioksida daripada atmosfera.

MENJELASKAN FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DALAM AL-HADITH
     









Contoh buku hadis

PENGERTIAN AL-HADITH / AS-SUNNAH

Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara’.                                                                                                                                                                           -  Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :
       
         As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud :

“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.

    2)      As-Sunnah Fi’liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya:

“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.

   3)     As-Sunnah Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.

RUMUSAN

Daripada berbagai huraian yang telah yang telah disampaikan pada bab sebelumnya, dapat diambil kesimpulan seperti berikut :

1.       Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril hendaklah dijadikan panduan umat manusia untuk melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
2.       Fungsi Al-Quran sebagai petunjuk untuk memberi peringatan dan pelajaran kepada manusia.
3.       Al-Quran sebagai sumber hukum pertama dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.


RUJUKAN
1. Buku Rujukan Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
   -Pengarang : Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Ab Rahman
   -Tahun terbitan : Mei 2015
2. Tafsir Al-Quran
   -Penerbit : Maghfirah Pustaka
   -Pengarang : Dr. Ahmad Hatta, MA
3.  Buku Rujukan Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi
    -Pengarang : Shahrir Mohamad Zain
    -Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka

LAMPIRAN


Image result for kejuruteraan islamImage result for perubatan islamImage result for perubatan islam

Kemudahan Dalam Bidang Perubatan




Kemudahan Dalam Bidang Teknologi
   Image result for kejuruteraan islam

Kemudahan Dalam Bidang Kejuruteraan


No comments:

Post a Comment