WAHYU SEBAGAI SUMBER
SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Nama ahli kumpulan :
MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD RAZAK (isi dan hurian)
(06DTP16F1098)
MUHAMMAD FIKRI BIN MOHD ZULKARNAIN (membuat blog)
(06DTP16F1088)
MUHAMAD HAFFIZAL BIN ABDLU RAZAK
(06DTP16F1094)
AMIR SYAHMI BIN BADRUL SHAM
(06DTP16F1084)
MUHAMMAD ZAKRUL IQHRAM BIN ZAKARIA
(06DTP16F1095)
Nama pensyarah :
USTAZ SUHAIMI BIN SAMAD
Kelas :
DTP2S4
PENGHARGAAN
Assalamualaikum, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu, Ustaz Suhaimi dan kepada kedua ibu bapa yang banyak membantu, serta mengajar kami dari kecil sehingga dewasa.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan yang membantu menyelesaikan projek e-folio ini.
PENDAHULUAN
Sains, teknolagi dankejuruteraan
merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan
oleh Allah SWT melalui al-Quran. Al-Quran ialah sumber intelektual dan spiritual
Islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan
pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cadang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga
merupakan satu sumber utama dan inperasi pandagan Muslim tentang kesepaduan
sains dan pengetahuan intelektual (Ab.Aziz,2008).
PENGERTIAN
Secara bahasa (etimologi), al-Quran
berasal dari bahasa arab yaitu qur’an, dimana kata “qur’an” sendiri merupakan
akar kata dari قرأ – يقرأ – قرآنا . Kata قرآنا secara bahasa berarti bacaan
kerana seluruh isi dalam al-Quran adalah ayat-ayat firman allah dalam bentuk
bacaan yang berbahasa arab. Sedangkan pengertian al-Quran menurut istilah
(terminologi) ialah firman Allah yang berbentuk mukjizat, diturunkan kepada
nabi terakhir, melalui malaikat jibril yang tertulis di dalam mushahif,
yang diriwayatkan kepada kita dengan mutawatir, merupakan ibadah bila
membacanya, dimulai dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat
an-Naas.[1]
Definisi atau pengertian al-Quran
menurut bahasa dan istilah di atas merupakan kata sepakat antara ulama dan para
ahli ushul. Al-Quran diturunkan oleh allah swt sebagai tata aturan bagi
kehidupan semua bangsa, petunjuk yang benar untuk semua makhluk, tanda bukti
atas kebenaran rasulullah Muhammad saw, dalil yang qot’ie atas kenabian dan
risalahnya. Dan sebagai hujjah yang tetap tegak hingga hari kemudian.
Sebenarnya pengertian al-Quran itu
sendiri sangat luas, ia tidak hanya terpaku pada satu pengertian, masih banyak
pengertian lain tentang al-Quran menurut para ahli, namun yang paling mendekati
dan sesuai dengan para ahli adalah pengertian seperti yang sudah disebutkan
tadi. Demikian sekilas tentang pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah,
semoga memberikan manfaat bagi pembaca sekalian.
KEDUDUKAN AL-QURAN DALAM ISLAM
Al Qur’an sebagai dasar hukum yang
pertama tidak di sangsikan lagi oleh umat islam bahwa al qur’an adalah sumber
yang asasi bagi syariat islam. Dari al qur’an inilah dasar-dasar hukum islam
beserta cabang-cabangnya.
OBJEKTIF
Topik ini menjelaskan kedudukan
sains serta fakta-fakta saintifik yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.
Hasil Pembelajaran :
CLO 1 : Menerangkan al-Quran dan
al-Hadith sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.
1.1 Memahami wahyu sebagai sumber sains,
teknologi dan kejuruteraan.
1.1.1
Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.
1.1.2
Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.
1.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam
bidang sains teknologi dan kejuruteraan.
1.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam
al-Quran dan al-Hadith.
1.2.1
Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
1.2.2
Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.
MEMAHAMI WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN
MAKSUD DALAM BAHASA
-Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tesembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.
DALAM ASPEK KEILMUAN ISLAM :
-Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya , melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis atau yang tidak bertulis yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Sesungguhnya
Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah
memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan kepada nabi-nabi yang diutus kemudian
daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibraham , Nabi Ismail ,
Nabi Ishak , Nabi Yaakub serta nabi-nabi keturunannya dan Nabi Isa dan dan Nabi
Ayub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun , Dan Nabi Sulaiman , dan kami telah
memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur." ( surah an-Nisa : 163 )
Firman Allah SWT lagi yang
bermaksud :
"
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelum (wahai Muhammad), melainkan dari
kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu
bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang
berpengatahuan ugama jika kamu tidak mengetahui". (Surah al-Nahl : 43 )
Dairpada ayat di atas menjelaskan
bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa semua para rasul dan nabi menerima
wahyu daripada Allah SWT secara lansung .
PERANAN AL-QURAN MENURUT ISLAM
DEFINISI AL-QURAN:
Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat.
Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah , asas dan bimbingan akhlak manusia, asas susunan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan.
MENJELASKAN AQIDAH ISLAM:
Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
MENERANGKAN SYARIAT ISLAM:
Wahyu yang diturunkan oleh Allah
adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan
manusia.Sebagai penjelas kepada syariat dan panduan dalam pelaksanaan tersebut.
AlQur’an diturunkan bagi memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek
maksud dan pelaksanaannya.
MENGHURAIKAN AKHLAK ISLAM:
Wahyu Allah menjelaskan berkenaan
dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim. Semua cara kehidupan manusia juga
terkandung dalam ayat Al-Quran. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap
bertanggungjawab ataupun amanah.
Lihatlah apa yang berlaku pada hari
ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan
agama.Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang
dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).
Teknologi ini mampu memindahkan
bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau
bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA
daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan
kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta
penyakit baru yang mampu membunuh manusia.
MENJADI PANDUAN HIDUP MANUSIA DALAM MENGURUS DUNIA:
Dalam Al-Quran juga menjelaskan
panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia. Urusan hidup manusia yang
meliputi emosi, rohani, aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu diatur mengikut
acuan Allah hanya melalui panduan Al-Qur’an.
MENEGAKKAN KEADILAN:
Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai
keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.Keadilan ini sangat dituntut
dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.
PERANAN AL-QURAN DALAM BIDANG SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
GARIS PANDUAN KEPADA SAINTIS DALAM
MELAKSANAKAN SESUATU UJIKAJI
Menggalakkan
supaya mengkaji alam tabi’i.
Mengajak
manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :-
1)
Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20
Maksudnya:
“Mengapa mereka yang kafir masih
Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia
diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan
keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana
ia dihamparkan?” (20)
(Surah Al-Ghasiah :17-20)
2) Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19
Maksudnya :
“Tidakkah mereka melihat dan
memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia
akan mengembalikannya (hidup semula sesudah
matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.
3) Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi
terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan
padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih
berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah
bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
Dan Dia lah yang menjadikan bumi
terbentang luas, dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari
tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga
melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu
mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”
KITAB YANG MENJADI SUMBER PELBAGAI
CABANG SAINS / TEKNOLOGI.
Sifat
al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat
yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang
ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-
1) Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
Maksudnya : “Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian
langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang
berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)
2) Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11
Maksud ayat :“Ia juga menumbuhkan bagi kamu
dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma)
serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang
demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum
yang mahu berfikir”.
3) Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
Maksud ayat :“Allah jualah yang menciptakan
langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air
hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi
kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan
perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat
darinya).
Dan Dia juga yang menjadikan
matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi
faedah hidup kamu”.
MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI.
Memberi
galakan dalam membina teknologi.
Umat
Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1) Firman Allah dalam Surah
al-Anfal ayat 60:
Maksud ayat :“Dan sediakakanlah untuk menentang
mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan
dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa
sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)
2)
Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat
baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana
peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”
3)
Firman Allah dalam surah
al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat :“Lalu Kami wahyukan kepadanya:
"Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan
wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan
mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan
taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan
(jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang
yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan
kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang
zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan
sehingga mati lemas.”
PANDUAN DALAM PENGGUNAAN
TEKNOLOGI
Al-Quran
memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
Untuk
membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam
dan juga memusnahkan nilai akhlak
manusia.
Bukti-bukti ayat-auat al-Quran
antaranya :-
1)
Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41
Terjemahannya : “Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
MENJADIKAN SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN MENCAPAI FAKTA DAN BUKTI KE ARAH KEBENARAN
Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
Membuktikan
akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara
dan kejadian.
Dapat
mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains
hari ini.
Mengenai
Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori
keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti
purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata
Allah sendiri.
Bukti-bukti ayat al-Quran
antaranya:
1)
Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 82:
Terjemahan :“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia
menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
" Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”
PERANAN
AL-SUNNAH DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
Dari segi bahasa sunnah bererti
perjalanan (sirah) sama ada yang baik atau jahat. Sekiranya dirujukkan kepada
diri Nabi Muhammad s.a.w., sunnah ialah kebiasaan atau amalan Nabi Muhammad
s.a.w. yang selalu dilakukan oleh baginda.
Dari segi istilah, sunnah ialah
apa-apa yang dihubungkan dengan diri Rasulullah s.a.w. baik yang berupa
perintah mahupun larangan atau juga keizinannya yang pernah berlaku sepanjang
hidup baginda.
Dalam erti kata lain, sunnah ialah
sesuatu yang disandarkan kepada baginda Rasulullah s.a.w. baik dari segi
perkataan, pengakuan, dan perbuatan baginda. Sunnah Rasulullah s.a.w. turut
memainkan peranan dalam kebangkitan bidang ilmu sains dan teknologi Islam
seperti dalam bidang ilmu Islam, pentadbiran, ekonomi, kehakiman, pendidikan,
perubatan, senibina, pertanian dan lain-lain bidang ilmu sains dan teknologi
Islam.
Sunnah turut menjadi contoh teladan
yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. bagi segenap umat Islam sebagai panduan
dalam menjalani hidup seharian berlandaskan syariat Islam.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w.,
“Kutinggalkan untuk kamu dua perkara, tidaklah akan tersesat selama-lamanya
selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Al Quran dan sunnah
Rasul-Nya,”.
Dalam bidang sains dan teknologi Islam,
sunnah Rasulullah s.a.w. memainkan peranan yang amat penting. Antara peranan
sunnah ialah:
SUNNAH SEBAGAI SUMBER UTAMA SELEPAS AL-QURAN
Al- Sunnah merupakan sumber ilmu yang
merangkumi ilmu ajaran Islam yang bersangkutan dengan akidah, konsep, ibadat,
penetapan hukum, akhlak, adab sopan santun, dan bidang-bidang kehidupan
lainnya. Pelbagai cabang dan sumber ilmu diterangkan oleh Rasulullah SAW
melalui sunnah baginda yang mempunyai kepelbagaian hikmah yang memberi manfaat
dalam kehidupan manusia.
SUNNAH JUGA MERUPAKAN PENJELASAN TEORI DAN PRATIKAL BAGI AL-QURAN
Al Quran merupakan undang-undang
yang memuatkan perkara pokok (utama) dan kaedah-kaedah dasar dalam Islam.
Bagaimana pun, tidak banyak penjelasan secara teliti berkaitan perkara utama
dan kaedah-kaedah dasar Islam di dalam Al Quran. Justeru, sunnah dijadikan
medium untuk menjelaskan lagi ayat-ayat Al Quran.
Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183: ‘Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu
supaya kamu bertaqwa’
Ayat di atas menyatakan firman Allah
SWT supaya seluruh umat Islam berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke
atas orang-orang terdahulu iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Manakala
terdapat banyak hadis yang menerangkan lebih lanjut tentang syarat-syarat,
adab-adab dan kelebihan berpuasa contohnya hadis riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl
bin Sa’d, sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah
pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari
kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas
mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain
berhak memasukinya.”
GESAAN PENKAJIAN SAINS DAN FENOMENA ALAM TABI'I
Melalui gesaan tersebut, ramai
failasuf Islam mengkaji fenomena kejadian alam yang membawa kepada penerokaan
cabang ilmu sains dan teknologi baru. Cendekiawan Islam menjadikan galakan di
dalam Al Quran dan sunnah sebagai panduan dalam menghasilkan pelbagai aktiviti
dan penerokaan ilmu yang menjadi ikutan ramai ilmuwan berikutnya. Sekali gus,
mengembangkan lagi bidang sains dan teknologi Islam.
Selari dengan hadis yang
diriwayatkan daripada Abu Zar r.a. daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah; dan janganlah Allah; dan janganlah
kamu memikirkan tentang Zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa
(dalam kesesatan)”.
Hadis ini memberi galakan kepada
kita sebagai manusia untuk sentiasa membuat kajian tentang kejadian dan
fenomena alam tabii ciptaan Allah. Kajian ini merangkumi segala kajadian
makhluk Allah yang ada di langit dan di bumi.
Hadis ini turut memberi peringatan
kepada kita agar tidak mengkaji akan zat Allah kerana keterbatasan dan
ketidakupayaan akal kita untuk berfikir tentangnya.
Terlalu banyak kajian saintifik
berkenaan kejadian Allah yang boleh dilakukan oleh manusia. Sebagai contoh,
dalam bidang sains fizik, kincir angin atau noria di Fayyoum, Mesir adalah
sebahagian kecil pembaharuan dalam bidang fizik yang berlaku pada zaman
kegemilangan empayar Islam yang dibina oleh al-Jazari. Kegemilangan al-Jazari
adalah hasil manuskrip beliau berjudul ‘Kitab fi ma’rifat al-hiyal
al-handasiyya’ yang bermaksud ‘buku mengenai ilmu mekanikal yang bijak.
SUNNAH RASULULLAH S.A.W MENGGALAKKAN UMAT MENUNTUT ILMU
Riwayatkan Tabrani, baginda
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan
menemui Allah SWT, sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada,
kecuali satu darjat kenabian,”. Darjat yang dimaksudkan ialah kemuliaan orang yang
menuntut ilmu di sisi Allah.
Hadis di atas berperanan sebagai
galakan kepada umat Islam mencari ilmu selepas turunnya firman Allah SWT
tentang kewajipan menuntut ilmu. Melalui galakan ini, semakin ramai umat Islam
terdahulu khususnya dan sekarang amnya mencari ilmu bermanfaat sesuai dengan
ketetapan syariat baik ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
MENJELASKAN FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DALAM
AL-QURAN
Al-quran
MENJELASKAN FAKTA-FAKTA TENTANG
ALAM TABI’I
a.
Proses kejadian alam tabi’i.
Allah
telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat
difikirkan oleh manusia melalui wahyu.
Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.
Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.
iii. Kosmos
juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos
dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi
pengajian saintifik dan emrprikal.
Ilmu
kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam,
struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat
penciptaan alam.
v.
Ilmu
kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
Dalam
Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi
dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada
antara di langit dan bumi.
vii.
Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:
viii.
Terjemahan
ayat :
ix.
“Kami
akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat
(dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu
mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
b) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia.
i.
Dalam Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu disebut sebagai pelupa.
Dalam Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu disebut sebagai pelupa.
ii.
Al-Quran
menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah.
Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin :
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.( Surah at-Tiin : 4)
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.( Surah at-Tiin : 4)
iii.
Malaikat
telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu
tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah makhluk ‘Homo Eretus’ seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin.
Jika Adam a.s adalah makhluk Homo Eretus’
sudah tentu Allah tidak melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah
dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :“ Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”.
c) Fakta mengenai fauna
1.
Dalam
al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al-An’am ayat 95 :“Sesungguhnya Allah
jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji
(buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang
mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka
bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu
jadikan sekutu-Nya)?”
2.
Antara
fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :
i.
Sebagai
bahan makanan.
ii.
Sebagai
hasil pendapatan manusia
iii.
Menghalang
dari berlakunya hakisan tanah dan banjir
iv.
Menyejukkan
muka bumi daripada kehangatan matahari.
v.
Sebagai
bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya
vi.
Sebagai
punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
vii.
Sebagai
bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
viii.
Membekalkan
gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon
dioksida daripada atmosfera.
MENJELASKAN FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DALAM
AL-HADITH
PENGERTIAN AL-HADITH / AS-SUNNAH
Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara’. - Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :
As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud :
“Sesungguhnya
perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.
2)
As-Sunnah
Fi’liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang
dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan
Baginda itu adalah dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses
solat yang mana sabdanya:
“Sembahyanglah
kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.
3) As-Sunnah
Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini
termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau
percakapan sahabat sama ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi
perkara itu telah dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak mengingkari perkara
tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut.
Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad
semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
RUMUSAN
Daripada berbagai huraian yang
telah yang telah disampaikan pada bab sebelumnya, dapat diambil kesimpulan
seperti berikut :
1.
Al-Quran
merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui
perantaraan malaikat Jibril hendaklah dijadikan panduan umat manusia untuk
melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
2.
Fungsi
Al-Quran sebagai petunjuk untuk memberi peringatan dan pelajaran kepada
manusia.
3.
Al-Quran
sebagai sumber hukum pertama dalam kehidupan manusia untuk memperoleh
kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
RUJUKAN
1. Buku Rujukan Sains Teknologi dan
Kejuruteraan dalam Islam
-Pengarang : Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Ab Rahman
-Tahun terbitan : Mei 2015
2. Tafsir Al-Quran
-Penerbit : Maghfirah Pustaka
-Pengarang : Dr. Ahmad Hatta, MA
3.
Buku Rujukan Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi
-Pengarang : Shahrir Mohamad Zain
-Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
LAMPIRAN
Kemudahan
Dalam Bidang Perubatan
Kemudahan
Dalam Bidang Teknologi
Kemudahan
Dalam Bidang Kejuruteraan